Ustaz Haron Din membuka kuliah degan satu pertanyaan.
Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?
Semua hadirin tersentak. Ustaz meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. Ustaz beristighfar.
Ustaz menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais. Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.
Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.
Sheikh menjawab : Masyaallah. masyaallah. Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.
Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?
Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.
Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.
Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan. (source)
---------------------------------------------------------
subhanAllah, alangkah beruntungnya manusia itu. mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima. sedang amalan kita. termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, dan bermacam lagi alasan. astaghfirullah. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami, terimalah amalan kami.
3 comments:
terharu baca tentang mimpi tu.
az, memang betul kan. menulis tu memang terapi untuk diri sendiri (tahan saya! ni tgh gatal nk updet blog. jangan2!)
:D
macam kenal jer org yg mimpi kene kejar pembunuh... sape ekk?? hehe..
fathiyyah:
bertahaaaan! hoho. all the best exam :)
hajar:
haha. memang kenal pun. cik fuyuki kita la. :p
Post a Comment