Saturday, July 16, 2011

biasa-biasa


bismillah,

baru habis rotation dengan team paedatrics dalam orthopedics.
team paling best setakat ni. bila masuk ward paeds rasa tenang je, walaupun ada saja suara jerit-jerit, suara nangis-nangis kedengaran.
bila clerk patient, rasa selesa je, lain betul teknik mengambil history dengan budak-budak ni.

akan sedih tengok budak-budak kecik yang tak sihat, ada macam-macam penyakit. tapi aku lebih sedih tengok mak mereka. ada gelisah dalam jiwa mereka, ada resah dalam kata-kata mereka. mungkin bila menemani anak-anak mereka di ward, entah makan, pakai mereka terjaga atau tak.

soal diri sendiri no 2. anak yang lebih diutama. Allahuakbar.
kasih ibu memang begitu
"buatlah apa-apa doktor yang doktor rasa baik, untuk anak saya"
"saya risau kalau saya dah tak ada nanti, siapa yang nak jaga dia"

anak kecil itu tidak tahu apa. ya, mungkin sakit itu ditanggungnya, tapi mak dan bapa lah yang mengalami 'sakit' lebih teruk dari mereka. dengan kos rawatan dan pembedahan yang sangat tinggi, dengan pengorbanan masa dan tenaga.

aku pernah admit ward paeds. appendicitis je pun. waktu itu, mintalah apa saja. pasti dibeli. mak pun sentiasa bersama aku waktu itu. aku pun tak pasti, tak kerja ke mak sepanjang minggu itu? bapa pun datang hampir setiap petang, lepas habis kerja. waktu itu, memang aku tak rasa apa-apa pun. rasa takut, rasa sedih jauh sekali. mungkin rasa seronok pula berada dalam ward tu. penuh dengan mainan. dan ramai kawan. tapi, aku masih ingat dengan jelas muka resah mak waktu aku ditolak masuk ke dewan bedah.

hai anak kecil, mungkin kau masih belum mengerti apa-apa. pengorbanan itu bagaimana. kasih ibu bapa itu setinggi mana. pasti, mereka tak minta balasan dari semua yang telah mereka lakukan. tapi, membesarlah jadi anak yang soleh solehah agar doa-doa kamu untuk mereka berdua menjadi bekalan termahal buat mereka di alam kubur nanti.

hai anak besar, mungkin kau tak pernah admit ward, tak pernah ada penyakit bahaya, tapi pasti kau pernah demam bukan. mungkin kau lupa siapa yang berusaha mengambil tuala kecil basah untuk diletak atas kepala kau? siapa yang masak bubur untuk kau? makan bersama-sama kau nasi lembik itu. siapa yang suapkan ubat untuk kau. paksa kau makan ubat?

tapi, kau masih ada hati lagi nak buat mereka kecil hati. hai anak besar, berbaktilah pada mereka selagi kau dan mereka masih diberi hayat. kau harus yakin, kasih mereka saat kau masih kecil sehingga sekarang tak pernah berubah, mungkin semakin bertambah. doakan mereka sentiasa. kerana kita tak pernah tahu adakah kita masih sempat menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita.

kasih mereka kasih luar biasa! tapi, kasih kita mungkin masih biasa-biasa.

p/s: homesick. paling suka kalau demam dekat rumah.
p/s: 2-3 hari ni, bertemankan cahaya lampu laptop. romantik rasanya. pakcik pejabat! cepatlah datang baiki lampu bilik ni!

2 comments:

nhu said...

deman eh??km br je baik demam..dua ari xleh bgn..tuh paling skejap la tu..ehee..
km ins.Allah akn p upm slsa ni- rabu..ad prog kt sana..tp km mtk cuti isnin- jmt..kte jmpa nk x?

azk2121 said...

eh, tak demam pn. huhu. bole2, insyaAllah. nnti msg ye.