Wednesday, July 27, 2011

fikir


bismillah,

cukup seminggu tak update. memang rasa interest ke atas penulisan blog sedang berkurang.
dan kesibukan di kala ini, membuat blogku ini terbiar usang. hoho.

'aku bukan pemikir'! mahu sahaja dilontar dijerit sekuat hati.
tapi, kalau bukan pemikir, kau mahu jadi apa?

orang kata, jika mahu jadi pemikir yang hebat.
tahajudnya perlu hebat.
orang kata lagi, andai mahu berfikir dengan hebat,
perlu jadi pembaca yang hebat
Allah, lemahnya aku di situ.
bagaimana bisa jadi pemikir,
andai solat tahajud 2 rakaat tak istiqamah.
andai buku senipis kulit bawang pun susah dibaca.

hidup kita untuk memberi. memberi tanpa mengharap apa-apa dari sesiapa.
melainkan mengharap redha Dia. kita akan bahagia. insyaAllah

fikir untuk umat,
fikir kerana Allah,

moga fikirku ini membuah zikir!

p/s: penat mengerah keringat. brainstorm. fikir. brainstorm. fikir.
p/s: menerima kelemahan dengan teguran. menyedari kelemahan dengan muhasabah. menyikapi kelemahan dengan pembaikan.
p/s: update jugak sebab ada yang datang dengan harapan menggunung tinggi untuk tengok blog ni terupdate, tapi kecewa. hoho :p (perasan)

2 comments:

wardah said...

nanti kita fikir sme2 :)
Ko kan pemikir sokmo..

Takpe, jgn mengeluh penat berfikir, tapi bersyukur kerana masih ada kesedaran utk memikirkan hal umat.

Andai penat, berehat sebentar utk mlapangkan fikiran tapi jangan rehat lama2..
hakikatnya hidup sebagai duat tiada erti berehat selagi disekelilingnya belum betul2 menjadikan Islam sebagai cara hidup.

azk2121 said...

insyaAllah.ok lina! hoho.
yup,pemikir sokmo. sebab nak buat apa2 pun, kene fikir dulu. hu.

insyaAllah, rehat waktu cuti seminggu ni. hee