wasiat terakhir sebelum pulang ke rumah,
dapat cuti seminggu,
sebelum masuk posting baru,
insyaAllah lepas ni posting paedatrics.
agak lambat balik rumah,
orang lain hari jumaat dah hilang, hoho
aku? ahad masih disini.
ada tuntutan lebih besar untuk pulang lewat.
mungkin ini juga post terakhir? (sebelum diprivatekan)
kita nantikan sama-sama. hu
mari berusaha jadikan ini ramadhan terbaik!
andai tahun lepas, aku berada di posting yang hectic, o&g.
kali ni, insyaAllah sama juga. paeds pun boleh tahan sibuknya.
sebab perlu merantau ke hospital yang berbeza-beza,
tapi, semestinya itu bukan 1 alasan untuk hazafkan ibadah.
duduk dalam bas dengan kesesakan lalu lintas di KL,
pasti boleh digunakan untuk tilawah quran,
andai dulu terpaksa bermalam di labour room,
menunggu patient, bole je sambil-sambil tu baca quran, banyakkan zikir,
tak lama pun 30 hari tu,
jadi gunakan hari-hari yang penuh barakah tu
dengan semaksimum mungkin.
maksimum ibadah, maksimum kebaikan.
bukan maksimum tidurnya,
mahupun maksimum berbelanja untuk berbuka.
doakan sama-sama, aku dan kita semua dapat hadir ke madrasah ramadhan ini,
yup, kurang 24 jam lagi ramadhan bakal menjelma!
tapi, kita tak pernah ada pengetahuan apa yang bakal berlaku dalam 24jam ni.
mari doa sama-sama kita dapat sampai kepadanya, bulan yang sangat kita nanti-nantikan!
'Ya Allah, berkatilah kami pada bulan rejab dan syaaban dan sampaikan kami ke bulan ramadhan'
p.s: maafkan segala khilafku. yang aku sengajakan atau yang tidak aku sengajakan. insyaAllah moga kita ketemu lagi :)
p.s: ramadhan kareem! nah, hadiah untuk semua. kita dating dengan ramdhan sama-sama! sambil berbuka dengan kurma. :)
No comments:
Post a Comment