mungkin, Allah hantar dia sebagai muhasabah pada diriku yang lemah ini.
=====================================================
datang, dengan air mata bercucuran. tanya di mana pisau. Allahuakbar.
katanya, banyak sungguh masalah. masalah pelajaran, masalah keluarga, masalah kewangan.
aku berlagak tenang, cuba ambil pisau itu dari tangannya. mintak dengan tenang walaupun hanya Allah yang tahu debarnya aku saat itu.
walaupun, pada mulanya dia berkeras tidak mahu memberi aku pisau itu, alhamdulillah akhirnya, berjaya juga memujuk dia melepaskan pisau itu.
dia menangis lagi. sambil itu, aku cuba bertanya masalah dia.
sangat berputus asa, sangat merasakan, sia-sia hidup di dunia ini. Allah..
berlagak tenang lagi, sambil memberi kata-kata semangat pada dia.
tapi tiada perubahan, dia terus menangis, terus menyalahkan diri sendiri,
kadang-kadang amarahku turun naik, tapi cuba mengawal, takut lain pula jadinya.
aku tanya lagi, "solat macam mana? ada tinggal solat tak?"
dia menangis lagi. sambil mengangguk. Allah..
"dah solat asar?" tanyaku lagi. dia menggeleng tanda belum.
aku tak pasti apa yang kukatakan sepanjang memujuk dia untuk solat asar,
tapi alhamdulillah, dia bangun ambil wudhuk, dan solat.
aku duduk di sudut bilik, sambil menjeling-jeling melihat dia solat.
ada sedu-sedan dalam solatnya.
sebelum dia solat, kataku "lamakan sujud, mengadulah pada Dia"
dan alhamdulillah, lama sungguh dia sujud.
seusai solat, aku tanya pada dia, "macam mana rasa sekarang?"
"tenang." jawabnya ringkas.
aku capai buku solusi, edisi 'hikmah musibah' dan ceritakan analogi hikmah ujian dari Allah.
aku tambah apa yang patut "jangan selalu lihat masalah atau ujian yang kita hadapi, tapi cuba tengok berapa banyak nikmat yang Allah bagi pada kita. tak payah tengok jauh. tengok kat badan kita sendiri. cukup tangan, kaki, telinga, mulut semua. dengan normal function semuanya. ada ramai lagi dekat luar sana tak sempurna anggota badan dia."
aku tanya dia lagi, "dah makan dah hari ni? malam tadi boleh tidur? boleh jalan untuk sampai sini kan?"
dia angguk.
aku bebel lagi, "ada orang kat luar sana, tak dapat makan, tak boleh tidur, tak boleh berjalan. ramai lagi yang lebih susah. lebih hebat diuji. tapi, kenapa diorang masih boleh survive lagi kat dunia ni."
"kita masih ada family, ada kawan-kawan, cikgu-cikgu yang ambil berat pasal kita. ada yang kat luar sana, dah tak ada mak, ayah. tak ada kawan-kawan, dah tak ada siapa-siapa. tapi, andai kata kita rasa sorang-sorang, ingat Allah sentiasa bersama kita, sentiasa nak dengar apa yang kita minta. tak sekarang, akan datang, tak pun di akhirat nanti, segala hajat baik yang kita minta akan dimakbul olehNya. insyaAllah"
dan pesanan terakhirku buat dia, (dan diriku sendiri)
1. solat fardhu jangan sesekali tinggal. itu perisai kita. kalau tak, mudah sangat kita rasa down, dan putus asa dengan rahmat Allah
2. banyak mana pun ujian yang kita hadapi, tak mampu tandingi banyaknya nikmat yang Allah beri
3. ujian Allah mengikut kemampuan seseorang. buktikan kita mampu hadapinya!
=======================================================
p/s: macam cerita yang direka. sungguh, aku pun masih tak percaya dengan apa yang tejadi.
p/s: mohon doa dari semua, moga dikuatkan iman dia untuk menghadapi ujian dariNya.
p/s: tulis untuk peringatan diri sendiri. supaya diri ini ingat, kau pernah berkata begitu pada seseorang, lantas kau perlu buat apa yang kau katakan.
5 comments:
N?
huhu. hari tu pun dia dah mcm ni. we are very worried about her :'(. awk bleh bual2 ngan cikin sbab dia pun tahu sngt psl ni.
kdg2 rasa helpless, tk tahu nk tolong macam mane. kita kwn2 dia, tp dia ada masalah sebesar ni pun, kita baru sedar skarang ni. luckily she tell somebody like you.
she need a lot of moral support from us.
nk jln mane2 ajak dia. bila jumpa borak2. at least, she does not feel alone..
may Allah make her strong..
may Allah makes her n all of us strong. amin!
sbg org shbt, sokongan moral sgt penting bg dia..jgn biarkn dia rse keseorgan & tiada tempat mgadu..km penah lalui kead dia b4 ni..km penah rse nk bunuh dr, km penah alami depressed..km rse km faham kead dia..alhamdullillah, berkat bantuan insan sekeliling km, termasuk kata2 smgt dr ko, km msh mampu terus bertahan shingga ke hari ini...
dayah... ;)
Post a Comment