Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A. Samad Said
------------------------------------------------------------------------
Ibuku
Halalkan setiap titis susumu
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku
Halalkan setiap suapan ke mulutku
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku
Ayah
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku
Isteriku
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita
Kaulah permata dalam hidupku
Kaulah penyeri didalam alamku
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku
Anak-anakku
Maafkan ayah. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku
Maafkan ayah. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan
Maafkan ayah. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil
Pemergianku adalah mungkin yang terakhir
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti
Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!
Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?
Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!
Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!
Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku
Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!
Bukan seperti mereka yang merasakan
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!
Duhai sahabat-sahabat kesayanganku
Aku akan pergi
Aku akan berkelana
Aku akan bermusafir
Pada 9 Julai ini
Menuju ke suatu arah yang pasti
Disana
Akan menyaksikan suatu peristiwa yang akan dikenang
Oleh beratus generasi yang akan datang
Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara
kerana
9 Julai ini akan menjadi bukti
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!
Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!
Sudikah kalian bersamaku?
-----------------------------------------------------------------------------------
p.s: tak pernah-pernah ada kelas hari sabtu, tiba-tiba ada kelas esok
p.s: kat clinic tadi, patients tak ramai, maybe nak elak jem. pastu, tiba-tiba system computer down. dah nak start try sekat internet kot
p.s: sedih, bila mereka berbicara dengan emosi, bukan berbicara dengan ilmu.
p.s: untuk pencerahan. baca ni dan ni
p.s: mak call untuk kali ke2, nasihat supaya tak ke sana. mak, kami ada kelas esok! pakai baju kuning pergi kelas esok pun jadila. bole ke?
Moga Allah berikan kemenangan kepada pejuang yang ikhlas dijalanNya! Allahuakbar!
2 comments:
saya lebih kepada ingin menjadi pemerhati berkaitan isu ini. memerhati sambil meneliti. tetapi tidak bermakna saya tidak menyokong.
seorang muslim akan sangat mencintai keadilan dan keamanan dalam negaranya dan juga menuntut seorang pemimpin yang adil dalam memerintah.
hu. mudah2an kita dapat something daripada peristiwa esok. mudah2an Allah bantu kita dalam tegakkan agama Dia. mudah2an, kita tidak terlalu menurut kata perasaan yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan.
ada seribu hikmah insya Allah kenapa tiba2 je awak ada kelas esok. redha ya :)
hai, jeles la tengok awak updet blog. nak updet juga T_T
insyAllah. tq berkongsi pendapat :)
Ya Allah, tunjukkan kami yg haq itu adalah haq dan bantulah kami untuk mengikutinya
Dan tunjukkan kami yang batil itu adalah batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.
p.s: silalah update. dah lama menanti. :) moga cepat sembuh!
p.s: bila nak habis exam? macam lama je. kalau kat cni, 2minggu dah habis. all the best utk next exam!
Post a Comment