bismillah,
kita berdoa dengan berbagai-bagai hajat, berbeza-beza antara satu sama lain, tapi pasti punya satu hajat yang sama. mohon diampunkan dosa. kita bukan maksum. pasti punya dosa. dosa yang kita kadang sedar, kadang tidak.
bila kali terakhir kita menangis ketika berdoa?
bila kali terakhir kita bangun malam, untuk bersama-sama dengan Dia?
bila pula kali terakhir kita ketawa kegembiraan?
andai kita tak mampu menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, tak mampu menangis kerana dosa-dosa kita yang terlalu banyak, maka menangislah kerana ketidakmampuan-ketidakmampuan kita itu.
"ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan & mencantikkan diri yang zahir. tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal rosaknya kehidupan di dunia berpunca dari kekotoran batin” moga dengan menangisi dosa-dosa, dapat kita BERSIHkan jiwa kita
2 comments:
"Aku merasa aneh terhadap org yg yakin akan mati, tetapi dia masih bergembira.
Orang yg yakin dgn neraka tapi dia masih ketawa.."
=( sedih kan bila dah lama tak menangis sebab takutkan Allah,
memikirkan status kita kat sana, sdangkan hari2 kita berdosa..
lagu kat bwh ni mmg masuk dgn post.
sayu sayu.. sob2.
;( terasa dengan quote kat atas tu, nadiah. jazakillah!
insyaAllah, jom usaha! paksa bagi keluar jugak air mata tu.
Post a Comment