Tuesday, July 19, 2011

cukup


bismillah,

pernah rasa?
lagu-lagu yang kita suka diputar selalu, esok-esok dah jemu.
atau kasut kegemaran yang diidam-idamkan, bila dah dapat beli, sebulan dah diabaikan.
atau bila setiap hari excited nak update blog, lama-lama dah jadi bosan (atau rasa nak privatekan je. huhu)

dan, mungkin juga;
bila dah dapat sesuatu yang dihajati, ada saja tak kena cita rasa.

taghut ada macam-macam bentuk. kalau dulu, penyembahan berhala.
kalau sekarang taghut bole jadi dalam bentuk cinta berlebihan kepada dunia.
fesyen, filem, facebook,
harta, takhta dan wanita,
iphone, ipod dan banyak lagi.

makin dikejar, makin tamak
makin tamak, makin terseksa,

kesemua ni hakikatnya lemah, dan akan melemahkan kita.
sebab bila lemah. bila jadi hamba pada berhala moden,
tiada tenang, makin lama mengganggu psysiology manusia.
serangan dalam diam, tanpa sedar. silent killer!

hiduplah dengan sederhana. qanaah.

"dan orang-orang yang apabila membelanjakan (hartanya), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian" (al-furqan: 67)

sayangilah apa saja, dalam rangka ketaatan pada Allah,
sukailah apa saja, asalkan cinta Allah tetap nombor satu
kejarlah apa saja, asalkan hukum Dia tak tergadai
cintailah apa saja, selagi yakin datangnya dari Allah,
dan kembalinya juga kepada Allah

insyaAllah, kita takkan pernah kecewa.
moga Allah kurniakan kita rasa kecukupan itu. ketenangan hakiki.
dan hidup dengan tenang-tenang selalu. :)

p/s: pernah tak terfikir, kenapa baca al-fatihah banyak kali pun, hati kita tak pernah rasa jemu? sungguh, apa saja dari Allah, kerana Allah, untuk Allah, hati akan selalu rasa cukup. kan.
p/s: al-fatihah buat Dr. Lo'Lo'. sebelum ni dua tiga kali terserempak dengan prof amin dan arwah. aku hanya mampu tersenyum dan memuji dia dalam hati. sungguh, dia serikandi sejati
p/s: 2 minggu terakhir sebelum ramadhan, juga 2 minggu terakhir sebelum berakhir posting ortho. Allahuakbar, cepat sungguh waktu berlalu. bersediakah aku?

2 comments:

Afniar said...

private? huhu

azk2121 said...

ye. nak tiru orang tu.