bismillah,
Suasana di kelas 6 Alpha itu riuh rendah seperti biasa. Di satu sudut, beberapa pelajar sedang asyik bermain domino, sekumpulan yang lain sedang bermain saidina. Permainan kad juga tidak terkecuali. Ada yang sedang bermain one family, bermain snap, bermain uno dan bermacam macam lagi permainan popular zaman itu. Tak ketinggalan, ada juga yang menggunakan white board untuk bermain roda impian. Sementara itu, beberapa pelajar lain yang dikategorikan sebagai agak matang sedang tekun membaca novel. Ada juga yang membuat halaqah, tak pasti sama ada ada sesi tazkirah, sesi luahan rasa atau sesi gossip. Pelajar lelaki pula ada yang membaca komik, bermain yoyo dan gameboy. Bilangan pelajar pada hari itu adalah ramai berbanding hari-hari lain selepas tamatnya upsr. ini kerana ada desas-desus mengatakan keputusan upsr akan keluar pada hari itu.
Di tengah kelas, betul-betul di bawah kipas, budak perempuan itu bersama kawannya sedang menyusun buah catur untuk memulakan permainan chess. Dia memilih untuk bermain chess pagi itu untuk mengasah kembali bakat berfikirnya setelah hampir sebulan merehatkan minda daripada berfikir, lantaran kepenatan menjawab soalan upsr. walaupun semua orang nampak tenang dan bergembira dengan hal masing-masing, tetapi budak perempuan itu membuat andaian bahawa kawan-kawannya juga seperti dia, rasa nervous dan takut untuk mengetahui keputusan masing-masing. Manakan tidak, itu adalah peperiksaan pertama terbesar buat mereka.
Sedang budak perempuan itu meneruskan andaian dan pada masa yang sama berfikir strategi untuk memenangi permainan chess itu, dia dan rakan-rakan yang lain dikejutkan dengan jeritan salah seorang pelajar yang berada di tepi tingkap kelas tersebut,
“wei, korang! Guru besar dah sampai”
Semua pelajar termasuk budak perempuan itu bergegas ke tingkap. Melihat dari tingkat 3, kereta Volvo hijau milik guru besar itu memasuki perkarangan sekolah. Tahulah mereka bahawa guru besar baru sahaja balik dari mesyuarat dan mengambil keputusan upsr bagi sekolah tersebut. Di saat itu, ramai yang tidak dapat menyembunyikan perasaan masing-masing. Ada yang ke tandas, ada yang menyambung semula permainan dan ada yang tak sabar mahu ke bilik guru. Budak perempuan itu menyambung semula permainan chess nya itu, tetapi tidak lagi berfikir strategi untuk menang. Dia sendiri rasa resah dan gelisah, tetapi seperti biasa dia cuba berlagak tenang. Walaupun dia bukanlah top student, tetapi seperti semua orang dirinya juga mahukan keputusan yang cemerlang.
30 minit berlalu, semua pelajar dibenarkan melihat keputusan. Satu kertas putih panjang di tampal pada board di satu laluan di tingkat satu. Keadaan fizikal yang rendah bagi budak perempuan itu menyebabkan dia terhinjut-hinjut untuk melihat dan mencari namanya. Setelah bersusah payah, akhirnya dia dapat mencari namanya yang telah dihighlightkan. Tertanya-tanya juga adakah dia berhutang dengan pihak sekolah atau ada kesalahan disiplin yang telah dilakukan sehingga namanya dihighlightkan. Namun itu semua terjawab setelah melihat keputusan dan bilangan a yang diperolehinya.
Hanya ucapan dan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah setelah mengetahui dia mendapat 5A. guru-guru dan rakan-rakan tak putus-putus mengucap tahniah. Bagi budak itu, kejayaannya itu tak lain tak bukan adalah untuk kedua ibu bapanya, berkat doa-doa mereka. Itulah erti kejayaan buatnya pada waktu itu. Bukan untuk dirinya atau sesiapa, tapi untuk kedua ibu bapa tercinta.
--------------------------------------------------------
2 comments:
salam..
msti bdk pompuan tuh sgt comel kn??
nt kem slm kt bdk tuh ye..:-)
sjak dr kck, Allah mgkn permudhkn perjalanan hidup bdk tuh dlm menuntut ilmu..
mgkn di situ Allah tahu, dgn beroleh kejayaan insan terpilih ini akn lbh dekatNya..
just my personal opinion..^^
wasalm,
budak pompuan tu comel la jugak :p
budak pmpuan tu kata kalau boleh, dia nak jadi hebat, walau apa pun qada' dan qadar Allah, dia nak sentiasa dekat dengan yang Maha Hebat :)
Post a Comment